Aku Dan SMK Mergong

Aku Norliyana Binti Zainodin akan menceritakan mengenai kisah antara aku dan SMK Mergong dari tahun 2008 hingga 2011..Aku memasuki sekolah ini adalah kerana tawaran sukan dari PPD Kota Setar.Selain daripada tawaran itu,aku mendapat juga mendapat tawaran daripada pihak SMK Mergong untuk menginap di asrama.


Bermulalah perjalanan sebagai seorang pelajar SMK Mergong

Semasa tingkatan 1 aku di kelaskan di kelas 1 Jaguh dan kelas tersebut terdiri daripada ahli-ahli sukan semuanya.Di dalam kelas itu aku mendapat kawan yang baru.Setelah aku memasuki sekolah ini ,aku telah mengerah segala tenaga dan masa untuk aku menyertai sukan hoki dan aku telah mewakili SMK Mergong dan daerah kota setar dan pengorbanan aku ini tidak sia-sia kerana pasukan hoki SMK Mergong mendapat tempat pertama dalam perlawanan hoki tersebut.Kejayaan tersebut telah memberi satu kenangan yang manis kepada aku dan juga pemain hoki lain yang turut berusaha sehingga mencapai kejayaan tersebut.


Kenangan bersama pemain hoki

Seterusnya,pada awal tahun 2009 aku masih berada di SMK Mergong.Genaplah 1 tahun aku telah berada di sini, pada tahun tersebut aku masih tinggal di asrama SMK Mergong, dan aku telah di letakkan di kelas 2 Amanah,dalam kelas itu hanya segelintir pelajar sahaja yang terdiri daripada atlet dan yang lainnya hanyalah pelajar biasa yang tidak mengaktifkan diri dalam bidang sukan. Dalam masa itu,aku masih berkecimpung dalam bidang sukan dan masih bermain hoki untuk mewakili sekolah ke peringkat kota setar dan dalam perlawanan itu, pasukan hoki SMK Mergong masih mendapat kejayaan yang sama seperti tahun 2008.


Juara hoki

Pada tahun 2010 aku telah berusia 15 tahun dan aku masih berada di SMK Mergong.Pada tahun tersebut aku telah menduduki peperiksaan PMR.Pada tahun tersebut aku lebih tekun belajar untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang.Pada masa yang sama.aku masih mengaktifkan diri dalam bidang sukan.Pada tahun tersebut aku lebih mengaktifkan diri dalam bidang sukan bukan sahaja dalam permainan hoki, malah aku telah menyertai permainan bola tampar untuk mewakili daerah kota setar.Perlawanan hoki pada tahun tersebut telah mencipta satu kenangan pahit untuk pasukan hoki SMK Mergong kerana telah gagal untuk mengapai kejayaan dan telah mendapat tempat ke 2 dalam perlawanan hoki itu tetapi dalam sukan bola tampar pula,sukan yang baru aku sertai pada tahun tersebut telah membawa kejayaan kepada pasukan bola tampar SMK Mergong kerana mendapat tempat pertama dalam perlawanan itu.Setelah tamat aktiviti sukan yang aku sertai,aku lebih banyak menumpukan perhatian didalam kelas.Setelah lama aku menanti,akhirnya masa untuk aku menduduki peperiksaan telah sampai.Akhirnya, pada hujung tahun 2010 bertarikh 26.12.2010,aku telah mendapat keputusan hanya sederhana.Tetapi aku tidak berputus asa untuk belajar.Malah lebih bersemangat untuk belajar dan mengambil iktibar daripada kecewaan itu.


Wakil bola tampar SMK Mergong

Gagal sekali..tidak bermakna gagal selama-lamanya..

Setelah tiga tahun yang lalu aku berada di SMK Mergong,kini pada tahun 2011 aku masih juga berada di sekolah yang sama.Pada awal tahun.Bermulah misi aku sebagai pelajar tahap dua dan akan bangkit daripada kekecewaan masa PMR yang lalu.Pada awal tahun 2011 itu,bermulah sesi pemilihan kelas.Dan aku pada awalnya telah diletakkan di kelas 4 ICT dalam aliran perakaunan.Selama seminggu aku berada di kelas tersebut, aku telah mengambil keputusan untuk menukar kelas kerana aku tidak yakin aku mampu unuk mengambil aliran akaun dan add math.Setelah memikirkan jalan penyelesaian, aku telah mengambil keputusan untuk memasuki kelas produksi multimedia.Aku telah berjumpa dengan cikgu adi untuk memberitahu,aku berminat untuk masuk kelas tersebut.Sebelum aku layak dimasukan ke kelas produksi multimedia,Aku telah diuji dengan menggunakan perisian "Freehand" untuk membuat satu logo kapal. Dalam masa yang ditetapkan,aku telah berjaya melepasi ujian itu dengan dibantu oleh seorang senior kelas tersebut iaitu Izzat Ikram.Atas bantuan tersebut aku telah berjaya memasuki kelas tersebut.Sehingga kini aku masih belajar di dan selesa dan tidak menyesal memasuki kelas itu.

Cikgu Adi-Cikgu yang banyak membantu aku masuk ke kelas produksi multimedia
Izzat Ikram-Senior Produksi Multimedia yang membimbing aku menyempurnakan ujian membuat logo kapal
GENG Produksi Multimedia

Pada tahun 2012 yang akan datang aku masih berada di SMK Mergong. Pada tahun itu..bermulalah cabaran aku yg sebenar sebagai pelajar kerana akan menduduki SPM.Aku berjanji akan bersungguh2 mengejar kejayaan dan aku akan mendapat keputusan yg cemerlang dan seterusnya mengharumkan nama SMK Mergong.


Pengetua Cemerlang SMK Mergong
Tuan Haji Pazil Jaafar
--->a Winner never Quits,
-->a Quitter never Wins.
"DISINI LAHIRNYA BINTANG"